Kecoh! Peminat Nak Zizan Minta Maaf Secara LIVE di #MLM2014



Semalam, kecoh kononnya juri Maharajalawak Mega, Fazura meluat dengan sikap yang ditunjukkan oleh Zizan Razak.

Khabarnya, reaksi Zizan apabila Fazura memberikan komen turut dianggap biadap mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penonton.

Walaubagaimanapun, menyedari kesilapan yang dilakukan, Zizan telah memuat naik permohonan maaf melalui laman Instagramnya petang semalam




Nampaknya, peminat dah mula muak dengan perangai Zizan. Malah, ada yang turut mencadangkan Zizan membuat permohonan maaf secara terbuka di pentas MLM minggu hadapan.

Hmmm, terimbau pula kenangan MLM tahun lepas apabila Nabil tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada juri iaitu Luna Maya.

Zizan tak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa



Menurut instagramnya, Zizan berkata dia tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa kerana niatnya hanya untuk bergurau.

Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya.

Jadi, korang rasa macam mana? Perlu ke Zizan minta maaf secara live nanti? Jom bincang!