Restoran Me"nate Tiada Sijil Halal??? - Ini Penjelasan Tauke Restoran Me"nate



Baru-baru ini kedengaran ramai yang menceritakan dan juga berkongsi pengalaman mengenai makan di restoran Me’nate Steak House. Ada polemik dan kisah pertikaian mengenainya. Jom baca!



Salam,
Untuk pengetahuan semua, kami TIDAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL tapi kami bertanggung jawab menyediakan makanan yang HALALAN THOYYIBAH pada semua pelanggan kami yang berlanggan, kerana sejak azali kami dilahirkan oleh keluarga MELAYU yang mengamalkan ikutan ISLAM dulu sehingga sekarang, pemilikkan kami pon tak pernah kami berkongsi dengan bukan Islam, tanggung jawab kami adalah pada ALLAH yang satu, kami boleh membohongi pelanggan semasa di dunia tapi bila kembali nya kami ke rahmatullah kami bakal menjawab pada ALLAH seorang diri disana, tiada dapat kami memohon pertolongan pada sesiapa pon ketika itu, ITU ADALAH PASTI serta AMAT KAMI TAKUTI balasan serta azab ALLAH tidak terperi sakitnya. Kami boleh membohongi sesiapa sahaja semasa di DUNIA tapi dihadapan ALLAH tunggulah akan azabnya. 
Oleh itu untuk pengetahuan semua pelanggan atau bakal pelanggan tidak sama sekali kami membenarkan pelanggan kami membawa masuk sebarang minuman keras serta makanan yang tidak HALAL kedalam premis kedai kami dan juga memastikan pekerja kami pon tidak membawa sebarang minuman keras kedalam premis kami itu kami terapkan dan kami pasti dan yakini pada semua pekerja, sekiranya terdapat sesiapa mengingkari kami akan ambil tindakan.
Kerana itulah tanggungjawab kita sebagai umat ISLAM, dan untuk sekali lagi buat pengatahuan kenapa saya membuka STEAK HOUSE ini kerana saya dicabar TANPA ALKOHOL Steak House takkan survive. Itu lah yang menguatkan diri saya menyahut cabaran si pencabar kerana saya PERCAYA & YAKIN YANG REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH BUKAN DARI MEMBOHONGI PELANGGAN ATAU MENCAMPURI SEGALA YANG HARAM SEPERTI ARAK DALAM MAKANAN YANG KAMI SEDIAKAN PADA SEMUA PELANGGAN KAMI, Alhamdullilah setelah 8 tahun kami berniaga ALLAH telah kurniakan rezeki buat kami sekeluarga tanpa terlibat dengan sebarang SYUBAHAH serta HARAM, SYUKUR kami pada ALLAH atas kurniaan rezeki yang BAROKAH, sehingga kami tidak meminjam dari mana mana insitusi Bank Bank perdagangan kerana takuti terlibatnya kami dengan RIBA. Insya’Allah kami takkan khianati tanggungjawab kami pada seluruh umat Islam apa lagi pada pelanggan atau yang bakal melanggan dikedai kami, keyakinan kami pada ALLAH yang satu mengatasi segalanya. Kami bukan mahu meraih simpati, hanya kami mahukan sesuatu yang terbaik buat keseluruhan pelanggan kami yang kami hargai serta kami hormati, dengan cara mencampuri sesuatu yang HARAM pada makanan kami itu adalah perbuatan yang menzalimi diri sendiri serta pada pelanggan yang datang bertandang dikedai kami demi mencari NAFKAH bukan sahaja HALAL tapi berserta THOYYIB nya sekali.
Semuga dengan penjelasan ini dapat merungkai segala tandat tanya yang berlegar di fikiran. Maaf dipohon sekiranya warkah ini mungkin membuat sipembaca terguris atau terkasar, kerana yang baik itu adalah dari Allah yang tidak baik itu adalah dari saya.
Dan yang terakhir sekiranya apa apa jua kesalahan serta salahanggap terhadap saya serta perniagaan kami “SAYA MEMAAFKAN SEMUA YANG TERSILAP SERTA YANG BERSANGKA BURUK PADA KAMI” LILLAH’HI’TAALA SERTA MENADAH TANGAN MENDOAKAN pada Allah agar anda semua di RAHMATI ALLAH, DIPANJANGKAN UMUR, DISIHATKAN TUBUH BADAN, DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN semuga kita terus bersyukur akan nikmat dan terus sujud pada nya yang satu, Allah’hu’akhbar.
Mustaffa Hj Othman. ( 012-9111777)
Masterbutcherchef & Penasihat pemakanan pada (MCFC) Muslim Consumer Food Code. (PPIM) Persatuan Pengguna Islam Malaysia


Mustaffa Hj Othman yang juga merupakan bekas pemotong daging Istana Buckingham memberikan penjelasan yang panjang lebar mengenai diskusi dan perdebatan di media sosial mengenai restorannya, Me’nate Steak House.



Di antara perkara yang menjadi bualan adalah Wagyu Beef Steak yang mencecah ribuan ringgit harganya dan tidak kurang juga memuji dan puas hati dengan hidangan yang terdapat di Me’nate Steak.

Ada yang nak berkongsi cerita makan di Me’nate Steak House?