5 Sebab Kenapa Perempuan Benci Lelaki Ketagih Game

Kami malas nak cakap banyak tapi sebenarnya memang hakikat bahawa ramai pasangan bercinta mahupun telah berkahwin yang bergaduh sebab permainan video.

Banyak sangat perdebatan berlaku antara pihak lelaki dan wanita berkenaan isu ini. Jadi, sangatlah beruntung si lelaki jika mempunyai seorang girlfriend atau isteri yang cukup memahami.

Kami sebenarnya tertarik dengan perkongsian terbaru di laman sosial semalam yang mendedahkan mengapa lelaki terpaksa menipu teman wanita mereka sewaktu mereka tengah ‘mabuk’ game.

Memang masuk akal, tapi jauh di sudut hati, masih ramai lagi gadis-gadis di luar sana mengelak dari ber-boyfriend-kan lelaki yang gila bermain game. Kenapa? Ini jawapannya:

1. Berlakunya Proses Pengabaian
























Ya, perempuan akan rasa terabai setiap kali boyfriend dorang menyepikan diri sepanjang hari. Alasan si lelaki adalah kerana tertidur seharian akibat demam. Padahal depa seronok main game tak hingat dunia, sedar-sedar je hari dah malam. Lol! Dahlah berdosa sebab menipu, terjebak main game sampai lupa makan, mandi dan solat tu lain pula halnya. Tak gitu? Kihkihkih.


2. Lupa Tanggungjawab





























Lelaki biasanya apabila dah syok sangat dengan game, dia lupa segala benda. Tak semua, tapi kebanyakan. Hehe. Pernah ada satu kejadian di mana seorang isteri meluahkan perasaan tak puas hatinya di Facebook kerana si suami terlalu ketagih bermain game sampai lupa tanggungjawab terhadap anak bini. Janganlah sampai macam tu sekali.

3. Jadual Dating Berubah

Jangankan pasangan yang sedang bercinta, wanita yang dah berkahwin pun seringkali mengalami masalah ni. Iyalah, kemungkinan untuk lelaki batalkan temujanji akibat terlajak tidur kerana sibuk bermain game semalaman sangatlah tinggi. Lagi teruk, apabila boyfriend korang sanggup tunda tarikh untuk ber-dating semata-mata dah janji dengan kawan nak bermain game bersama-sama. Jadi, mohon bertabahlah wahai para gadis sekalian.

4. Topik Perbualan Pasal Game. Boring!

Tak semua perempuan suka main game. Kalau ada pun, cuma game kiut-miut macam Candy Crush, Juice Splash, Fruit Ninja dan yang sewaktu dengannya sahaja jadi pilihan. So, topik perbualan pasal Clash of Clans, DotA, Titanfall, Fifa 15, Call of Duty dan sedara-mara mereka akan membuatkan perempuan menguap 45 juta kali.


5. Lelaki Minta Hantaran Video Game




























Ini paling parah! Sudahlah bakal isteri tak suka korang main game, pastu minta pula Xbox, PS4 dan rakan-rakan sebagai hantaran. Agak-agaklah abam oii! Haha. Tapi beberapa hari lepas, kami ada terdengar perbualan seorang suami kepada isterinya yang meminta wanita itu menghadiahkannya set video game dan menukar PC setiap lima tahun sekali untuk memudahkannya bermain game kalau tak mahu risau suaminya keluar dengan perempuan lain. Kami yakin lelaki itu cuma bergurau manja tapi kalau ikat suami dengan video game elok juga kan, daripada suami curang. Korang rasa macam mana?