Memetik aartikel yang digarap dari sebuah blog, di bawah dapat dihuraikan 8 jenis ‘iklan Cepat Kaya’ yang buatkan kita terasa teringin benar nak komen ‘PM’
1. Memang sedap hidup jika wang tidak henti-henti jatuh dari langit. Apa lagi, pantas PM!
2. Jika semua rakyat Malaysia layan join buat perkara yang sama, macam mana? Mana mampu key in data 3.2 juta orang sebulan
3. Target iklan ini memang spesifik. Siapa yang tengah goyang kaki sekarang, boleh join. Income pasti masuk
4. Malas pun boleh buat duit, duduk sahaja di rumah. Cepat isi kekosongan, limited 20 orang sahaja
5. Ini perniagaan yang tidak akan rugi. Orang berniaga minyak petrol pun masih tidak terjamin untung rugi, tapi bukan perniagaan ini. Dijamin!
6. Rupanya ini rahsia suri rumah yang jutawan di rumah. Hanya perlu photostat dan pos sahaja. Pos kepada siapa, kami tidak tahu
7. Cuba terangkan kepada kami, berniaga apa yang tidak payah buat apa-apa sebegini? Pulangan besar. Ayuh ramai-ramai sertai!
8. Sesungguhnya, jika mahu beroleh kesenangan, berusahalah, Goyang kaki dan goyanglah semua anggota badan pun tapi jika tiada usaha, anda tidak ke mana. Ha, tengah goyang apa tu bang?