Panduan Pembeli Senarai Barang Kena Dan Tidak Kena GST 2015
Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015. Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar enam peratusakan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.
Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah :
Harga set televisyen
Peti sejuk
Pendingin hawa
Seterika
Pengering rambut
Lampin
Minuman ringan
Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini :
Komputer
Komputer riba
iPad
Telefon bimbit
Jam tangan
Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku
Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti :
Ayam
Daging lembu
Daging kambing
Ikan
Itik
Ikan
Telur
Ikan bilis
Beras
Roti
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
Minyak kelapa
Minyak masak kacang tanah
Minyak kelapa
Susu bayi
Petrol RON95 dan diesel
Tol
Pengangkutan awam
Barangan makanan bukan keperluan walaubagaimanapun dikenakan GST seperti :
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Mi cawan
Tempe
Keju
Marjerin
Telur puyuh
Minyak jagung
Minyak zaitun
Biskut
Donat
Croissant coklat
Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di SINI