Tapi salah satu cara untuk anda mengenali keperibadian pasangan ialah dengan memerhati apa yang menjadi makanan kegemarannya. Ia mudah dan boleh memberi banyak gambaran jelas tentang sifat sebenar pasangan anda itu.
Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan seorang penyelidik di Barat, Baxters, terhadap rakyat Inggeris dan Scotland mendapati bahawa kebanyakan lelaki atau wanita yang gemar memakan sayuran jenis wortel umumnya memiliki sifat pengasih dan berfikiran luas. Tapi sayangnya juga, orang yang suka memakan sayuran jenis ini, juga memiliki sikap ekstrovert dan agak bersifat bossy.
1. Pasangan Anda Suka Makan Ayam
Bila pasangan anda seorang yang amat suka makan ayam goreng, dan berbagai masakan dari ayam, maka dia adalah jenis orang yang selalu bersikap realistik . Dia juga seorang yang berfikiran logik dan boleh mempertimbangkan sesuatu perkara dengan rasional. Pasangan jenis ini amat jarang melibatkan perasaan dalam menilai sesuatu perkara.
2. Pasangan Anda Suka Bergantung Kepada Vitamin & Supplement
Jika pasangan anda jenis yang setia pada ubat-ubatan seperti multi vitamin, jamu dan sebagainya, maka anda janganlah merasakan dia seorang yang begitu cerewet. Ini kerana, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Baxters, golongan seperti ini sebenarnya mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi. Buktinya, sebanyak 92 peratus orang Inggeris dan Scotland yang memang mendisiplinkan diri dengan pengambilan vitamin tambahan juga adalah seorang yang terbukti setia pada pasangannya.
3. Pasangan Anda Suka Makan Mee Atau Maggi
Apabila pasangan anda gemar makan makanan dari jenis mi sama ada mi segera atau yang telah dibuat kuah seperti mi sup, dia sebenarnya berkecenderungan memiliki personaliti berdikari. Mengikut kajian Baxters lagi, golongan yang banyak mengambil makanan jenis mi terutama mi segera ialah golongan mahasiswa. Golongan ini memang biasanya boleh hidup dengan sendiri tanpa bergantung pada orang lain.
Adakah pasangan anda suka makan buah tomato? Anda bertuah kerana pasangan anda itu sebenarnya mempunyai sifat berani dan bersemangat tinggi. Tapi ada juga yang berpendapat bahawa mereka yang gemar makan sup tomato pula adalah dari jenis yang mudah tergoda dengan rayuan..
Apa lagi cuba perhatikan pasangan anda, apakah makanan kegemarannya?