Satu ketika dulu pelakon kanak-kanak Macaulay Culkin pernah mengecap populariti di seluruh dunia apabila filem lakonannya Home Alone menjadi filem Blockbuster dan wataknya sebagai Kevin McCalister menjadi pujaan ramai.
Tetapi itu cerita 23 tahun lalu yang mungkin akan menjadi kenangan terindah buat aktor ini selama-lamanya.
Terbaru, pelakon yang juga popular menerusi beberapa buah filem seperti Richi Rich, Uncle Buck, The Pagemaster dan Party Monster ini dikatakan semakin tidak terurus.
Malah, ada sumber yang mengatakan pelakon berusia 32 tahun itu kini kelihatan seperti seorang pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Perkara tersebut sangat membimbangkan rakan-rakannya kerana, Culkin turut dilaporkan merayau-rayau seorang diri di Kota London.
“Selepas berparti dia akan menghilangkan diri dan kemudiannya berkeliaran seperti orang yang tiada arah tujuan.
“Namun apabila dihubungi, dia memberitahu hanya bersiar-siar tetapi keadaan dia yang sebenar tak ubah seperti seorang pengemis!
“Rakan-rakannya juga tidak mengenali dia,” dedah sumber tersebut.
Sebelum ini kecoh apabila bintang Home Alone itu dikatakan mempunyai masalah ketagihan dadah jenis heroin.